Sunday, October 4, 2009

Scha & Awal bercinta?




DALAM dok dengar orang berkisah tentang hubungan cinta Scha Al-Yahya dengan Fahrin Ahmad yang khabarnya sudah putus, Joyah terdengar pula satu cerita lain.

Khabarnya aktres bersuara garau itu kini sedang hangat bercinta dengan aktor kacak Awal Ashaari.

Betulkah apa yang Joyah dengar ini? Bukannya apa, baru saja di penghujung Ramadan lalu Joyah dengar Scha dan Fahrin mengaku sedang bercinta?

Joyah pun seronok melihat iklan lakonan mereka berdua yang bergurau mengajak kahwin, seperti membuktikan mereka sedang bercinta.

Pulak itu, Joyah percaya, atas dasar bercinta juga, kedua-duanya dipilih mengendalikan program Sehati Berdansa.

Iyalah, sebelum ini bukan ke Fahrin digandingkan dengan Linda Onn, wanita yang turut dikaitkan bercinta dengannya walaupun kedua-duanya tak pernah mengaku sampai hari ini.

Tup tup dalam dok heboh orang bercakap tentang hubungan Scha-Fahrin, rupa-rupanya lain pula jadinya. Joyah dengar hangat juga percintaan Scha dengan Awal.

Habis tu cerita-cerita Scha dan Fahrin selama ini sekadar gosip atau sengaja nak buat 'hangat' dunia hiburan sahaja?.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: