Sunday, October 4, 2009

Haliza Misbun gembira adik mengandung




NAMPAKNYA Syawal kali ini disambut dengan kebahagiaan berganda buat Haliza Misbun dan keluarganya.

Masakan tidak, Haliza dan keluarganya bakal menerima 'orang baru' dalam keluarga mereka. Rozana, isteri kepada Awie kini sedang mengandung tiga bulan.

Khabarnya Awie mengharapkan anak dalam kandungan Rozana yang mesra dipanggil Joanna itu bayi perempuan. Iyalah, Awie dan Rozana sudah mempunyai dua anak lelaki, Putra Ahmad Merrah dan Putra Ahmad Rezzki.

Jadi bagi mereka alangkah seronoknya memberikan seorang lagi adik perempuan kepada dua anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu Awie dan Arni Nazira iaitu Aleeya Antasha dan Aleefa Antasha.

Joyah pun tumpang gembira mendengar khabar ini. Tapi Joyah pun tertanya-tanya juga, bila pula Haliza nak merasa timang anak sendiri? Jangan tunggu lama-lama!

Dalam pada itu, Joyah dengar Haliza juga kini sedang menunggu proses dubbing bagi filem Andartu Terlampau... 21 Mencari Suami yang turut dilakonkannya bersama Awie.

Joyah dengar khabar Haliza seronok betul dapat berkolaborasi dengan adik iparnya itu dalam filem terbitannya.

Malah sebagai tanda kasih dan sayangnya kepada keluarga Awie dan Rozana, Haliza juga menamakan Putra Ahmad Merrah sebagai eksekutif produser filem tersebut bersama adiknya, Amanda Misbun. Wah! Bagi Joyah inilah satu contoh keluarga bahagia!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: