Sunday, October 4, 2009

Luna Maya tidur lima jam sahaja




Bulan puasa lalu merupakan bulan rezeki bagi artis popular Luna Maya. Kerja lima belas jam sehari menjadikan Luna Maya antara artis yang tersibuk. Pelbagai cabang seni yang diceburi oleh Luna antaranya berlakon, menjadi pengacara, model dan menyanyi.

Rezeki bulan puasa Luna bertambah bila dia menjadi pengacara rancangan Dahsyatnya Sahur di stesen RCTI yang ditayangkan setiap hari bermula pukul 2 pagi dan berakhir pukul 4.30 pagi. Kemudian Luna akan menyambung kembali kerjanya di stesyen yang sama sebagai pengacara Dahsyat dari pukul sepuluh hingga sebelas pagi.

Tidak hanya di RCTI, pada sebelah petangnya Luna akan menyambung kerja pengacaraan bagi acara lain untuk stesyen televisyen yang lain pula.

"Aku tidur hanya lima jam sahaja sehari" ungkapnya. Baginya tidur yang berkualiti adalah lebih baik berbanding tidur yang lama tapi tiada kualiti.

Kekasih Ariel Peterpan ini mengakui untuk menjaga kesihatan dan kebugaran diri dia rutin mengambil multivitamin, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Ternyata bulan puasa bukan sahaja melimpahkan nikmat kepada manusia tetapi juga bulan rezeki bagi mereka yang mahu berusaha.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: