Sunday, October 4, 2009

Catherine Wilson tidak akan ditahan




Catherine Wilson atau nama glamornya Keket tidak akan ditahan walaupun telah rasmi menjadi tertuduh bagi laporan yang dibuat oleh Andi Soraya tentang pencemaran nama baik yang dikatakan dilakukan oleh Keket.

Pihak polis tidak akan menahannya kerana hukuman hanyalah satu tahun penjara dan dia hanya akan dipanggil apabila perbicaraan berlangsung kelak.

Ketetapan sebagai tertuduh ini adalah kemuncak daripada perseteruan antara Keket dan Andi Soraya yang berlaku Februari lalu. Perseteruan mereka bermula semasa sebuah acara mewah yang diadakan oleh anak mantan Presiden Suharto iaitu Tommy Suharto.

Semasa acara perasmian resort milik Tommy di Bali itu, Keket telah datang tanpa membuat pengesahan terlebih dahulu. Keadaan ini mengundang rasa tidak puas hati Andi Soraya yang ditugaskan mengendalikan kehadiran tetamu ke majlis itu.

Namun bagi Keket pula, dia datang kerana telah dijemput khas oleh Tommy. Di sinilah bermulanya pertelingkahan dan perseteruan antara mereka.

Andi Soraya bertindak melaporkan Keket kepada pihak polis kerana menurutnya dia ingin melupakan peristiwa tersebut malah memaafkan Keket tetapi Keket berterusan membuat kenyataan media mengenai hal tersebut yang boleh mencemarkan nama baiknya.

Sejak peristiwa tersebut, ada khabar angin mengatakan tentang hubungan Keket dengan Tommy tetapi Keket tetap menafikannya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: