Sunday, October 4, 2009

Rituparna isteri Shah Rukh?




AKTRES Bengali, Rituparna Sengupta amat teruja dan gementar apabila pertama kalinya berlakon dalam satu iklan bersama superstar Bollywood, Shah Rukh Khan.

"Tidak tahu bagaimana nak menggambarkan perasaan saya ketika ini. Sememangnya saya amat gementar untuk berdepan bintang ternama yang cukup dikenali seluruh dunia itu. Peluang sebegini hanya datang sekali sahaja," katanya.

Mereka akan digandingkan dalam iklan produk kesihatan Emami, Chyawanprash yang ditayangkan pada bulan ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: