Sunday, October 4, 2009

Julfekar minta Farawahida langsai hutang




Kemelut di antara komposer Julfekar dan penyanyi Farawahida masih tak sudah-sudah lagi. Terbaru Julfekar mahu menuntut wang sebanyak RM17,000 daripada Farawahida kerana gagal melunaskan hutang sewa rumah selama 12 bulan.

Jumlah itu termasuk kos ganti rugi sebanyak RM3,000 akibat kerosakan bilik air dan kerosakan kelengkapan barang dalam rumah sejak Fara meninggalkan rumah itu yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Kata Julfekar, kontrak sewa rumah itu ditandatangani untuk tempoh dua tahun. Jadi selama dua tahunlah penyewa perlu tinggal di rumah tersebut.

Kalau tinggal kurang daripada tempoh itu, penyewa tetap perlu bayar ganti rugi kerana kontrak tidak boleh dibatalkan.

"Saya harap Fara dapat membayar semua duit itu kerana saya pun selama ni bayar dengan duit sendiri. Jadi jangan nak tambah beban lagi dengan menangguhkan duit sewa rumah itu," kata Julfekar.

Niezam tanya juga Julfekar kononnya dia suka menjaja cerita-cerita "panas" dan menggelegak semata nak memburukkan Fara.

Tanpa mahu berselindung Julfekar mengaku banyak kisah sensitif dan peribadi hubungannya dengan Fara diceritakan kepada orang. Alasannya dia mahu bersikap jujur.

"Ya... memang saya bercerita pada orang. Tapi pada wartawan saja. Saya nak dia orang tahu apa sebenarnya berlaku. Tapi saya dah pesan kepada dia orang jangan tulis dalam surat khabar. Itu saja," katanya.

Agaknya bilakah krisis hubungan Julfekar dengan Fara nak habis ya? Bukan apa, takut nanti macam-macam perkara tak elok lagi akan muncul.

Mudah-mudahan akan ada jalan penyelesaian yang menamatkan kemelut mereka berdua. Jangan gaduh-gaduh ya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: