Sunday, October 4, 2009

Diddy Hirdy berkabung 40 hari


Diddy Hirdy


Sebelum Syawal hari tu ketika berborak dengan Diddy Hirdy, Niezam sempat juga tanya tahun ni dia nak beraya di mana?

Kata Diddy, perancangan dia dan keluarga nak beraya di Kuala Lumpur. Nak rasa suasana yang tak ada orang apabila ramai yang pulang ke kampung.

Tapi apa nak buat, pada hujung Ramadan lalu bapa Diddy, Muhid Leman, 62, terlantar sakit dan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur. Bagaimana pun kira-kira tiga hari sebelum Syawal, Niezam dapat SMS daripada pengurus Diddy iaitu Badrul atau Bad mengatakan ayah Diddy meninggal dunia dan dikebumikan di Kampung Pasir Puteh, Pasir Gudang, Johor.

Dalam masa yang sama Diddy tak mahu diganggu kerana sedih kehilangan ayah tersayang yang menghidap penyakit buah pinggang dan kencing manis itu.

Petang Khamis lalu Niezam berborak dengan Bad. Katanya Diddy masih berada di Johor. Hatinya masih lagi sayu mengenangkan peristiwa itu. Yalah... macam mana tak sedih ayahnya pergi ketika orang sibuk buat persiapan untuk sambut Syawal. Kata Bad lagi, akibat kejadian itu Diddy diberi cuti selama 40 hari.

Segala undangan mengenai pertunjukan pentas melibatkan Diddy semuanya sudah dibatalkan.

"Wang pendahuluan yang kami ambil sudah dipulangkan kembali kerana menghormati kematian ayahnya," kata Bad.

Diddy bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesejahteraan arwah ayahnya.

Mudah-mudahan kepada Diddy dan sesiapa saja yang kehilangan orang tersayang tabah menghadapi ujian ini. Sama-samalah kita hadiahkan mereka Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: