Saturday, October 3, 2009

Bangunan runtuh, dua maut


BEBERAPA anggota bomba mengeluarkan dua mayat yang tersepit dalam sebuah kereta yang dihempap bangunan runtuh di Jalan Kamaruddin Isa, Ipoh malam tadi.


IPOH – Dua terkorban dan seorang cedera parah apabila kenderaan yang dinaiki mereka ditimpa serpihan bangunan runtuh di Fair Park, Jalan Kamaruddin Isa di sini malam tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, kedua-dua mangsa yang dikenali sebagai Zairi, 25, dan Firdaus, 23, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

“Kejadian pada pukul 9.50 malam itu berlaku ketika sebuah jentolak sedang melakukan kerja-kerja meruntuhkan sederet kedai lama di jalan terbabit.

“Bagaimanapun, hampir semua bangunan setingkat berkenaan tiba-tiba runtuh lalu menghempap empat buah kereta yang sedang melalui jalan tersebut,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: