Saturday, October 3, 2009

Tuah Thanuja jadi ratu hasil cubaan kedua


THANUJA (duduk, tengah) diapit oleh Chua (kanan) dan Yeoh selepas diumumkan sebagai Miss Malaysia 2009 di Sunway Pyramid, Petaling Jaya malam tadi.


MENAWAN. Pelajar jurusan Undang-Undang dari Universiti Northumbria kampus Malaysia, A. Thanuja, 23, semalam dinobatkan sebagai Miss Malaysia 2009 dengan mengalahkan 19 finalis lain.

Kemenangan itu satu kejayaan manis buat Thanuja selepas kecewa dalam percubaannya dalam pertandingan yang sama tahun lalu.

"Kali ini nasib menyebelahi saya, tentunya saya tidak akan mensia-siakan gelaran ini,'' katanya selepas diumumkan sebagai ratu di Sunway Pyramid, Petaling Jaya.

Kemenangan itu membolehkan Thanuja membawa pulang RM7,000, tiket penerbangan ke Gold Coast, Australia tajaan Air Asia, alat solek jenama Definite dan keahlian gim Celebrity Fitness selama setahun.

Tempat kedua disandang oleh Stephanie Chua, 21, dari Pulau Pinang manakala tempat ketiga oleh Christy Yeoh, 23.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: