Saturday, October 3, 2009

Artis baru dapat anak dalam diam

Haa... ini satu lagi kisah hot yang meletup kebaboom. Seorang artis wanita sudah melahirkan anak di kampungnya. Dah kahwin ke? Dua tiga bulan lalu dia belum kahwin lagi. Tak tahulah kut-kut dia kahwin diam-diam bebarapa bulan sebelum melahirkan anak.

Artis ini istimewa sikit sebab perutnya tidak macam orang hamil. Sebab itu cerita dia hamil tak diperkatakan orang. Tapi bila dapat cerita ni barulah Mangga Muda fikir balik... penyanyi ni berisi sikit masa jumpa dengan dia baru-baru ini.

Perutnya memang tak kelihatan macam orang hamil, malah sempat lagi membuat fotografi bersama majalah dan akhbar. Bila nampak berisi tu ingatkan dia gembira dan kuat makanlah, rupa-rupanya perut dia berisi.

Yang sampaikan info ni memang boleh dipercayai. Dari tempat dia dapatkan rawatanlah. Bila hamil mestilah dia dapatkan rawatan doktor. Adalah orang nampak dia kunjungi klinik tu.

Anak siapa yang dia kandung? Khabarnya lelaki biasa sahaja yang jadi kawannya.Tak tahulah status mereka sekarang dah kahwin atau belum.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: