Saturday, October 3, 2009

Kena pukul ke? Kesian...

Kesian pula dengar cerita artis wanita yang sorang ni. Ceria di dalam gundah rupa-rupanya dia tu. Di depan orang bukan main ceria dan sangat bahagia, tapi rupa-rupanya bila balik ke rumah lain pula ceritanya.

Bila sebut ceria di dalam gundah teringat pula pada lagu Liena Hangat. Ini bukan kisah Liena Hangat tau, tapi artis lain yang cantik wajahnya. Cantik? Wajah artis memanglah cantik. Kalau tak cantik pun boleh jadi cantik dengan teknik rawatan kecantikan terkini.

Ni bukan nak citer pasal suntik muka, tapi pasal lebam muka. Gini kisahnya. Suami artis ni agaknya tak cukup wang untuk membiayai sesuatu keperluan, lalu dia mintaklah dengan isteri dia. Dek kerana sayang si isteri tadi hulurkanlah wang tapi jumlahnya tidak seperti yang diminta.

Artis tu bagi separuh sahaja. yalah jumlahyang diminta itu banyak sangat. Artis tu nak juga beringat dengan wang simpanannya. Akibatnya tangan si suami singgah di muka dia. Itulah kisahnya.

Mangga Muda dapat story ni jauh di kota singa sebab kawan Mangga Muda ni ada kawan yang rapat dengan pasangan ni. Dia dapat tahulah cerita ini walaupun ia tidak dihebohkan. Kalau betul seperti yang disampaikan itu Mangga Muda tumpang kesian dengan artis tu lah. Tapi apa nak buat, selagi bertahan rumah tangga mesti dijaga.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: