KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan bertolak ansur untuk mengenakan tindakan jika ada pihak yang didapati sengaja menyorok bahan tersebut.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu tidak sepatutnya timbul kerana bekalan itu masih mencukupi di Lembah Klang.
"Jangan cuba hendak membuat sesuatu yang tidak masuk akal kerana kerajaan sentiasa peka dengan masalah semasa.
"Malah harga gula juga tidak akan naik sehingga akhir tahun ini dan jangan ada pihak yang cuba menyorok bekalan itu kononnya harga akan naik menjelang musim perayaan," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: