Saturday, August 1, 2009

Pemuda bunuh pelajar dihukum mati


ABU BAKAR


JOHOR BAHRU - Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang pemuda kerana membunuh pelajar perempuan tingkatan tiga, Syafiqah Mohamad Borhan tiga tahun lalu.

Abu Bakar Musa, 25, yang dikenali dengan panggilan 'kapak' turut dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 15 kali sebatan kerana merogol mangsa.

Hakim Datuk Azhar Mohamed membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ian Shang Kuan Chou.

Peguam Norman Fernandez yang mewakili tertuduh berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

1 comment:

  1. mmg p2t pn..lelaki yg kejam yg ikut hawa nafsu

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: