Saturday, August 1, 2009

Empat anggota polis jujur naik pangkat


DARI KANAN, Mohd. Surani, Mohd. Tarmizi, Shahril dan Adenan menunjukkan surat penghargaan yang diterima pada Majlis Penganugerahan Kenaikan Pangkat Secara Medan di Rompin semalam.


ROMPIN - Empat anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin yang berjaya merampas dadah jenis syabu bernilai RM280 juta pada Mei lepas menerima penganugerahan kenaikan pangkat semalam.

Koperal Detektif Mohd. Surani Sarbini dan Lans Koperal Mohd. Tarmizi Arbayee yang turut menolak rasuah bernilai RM510,000 daripada suspek kes rampasan itu, masing-masing dinaikkan pangkat kepada Detektif Sarjan dan Pemangku Koperal.

Sementara dua anggota yang pertama tiba memberi bantuan dalam rampasan dadah syabu terbesar negara seberat 978 kilogram itu iaitu Lans Koperal Shahril Sukiman dan Konstabel Adenan Lumat masing-masing dinaikkan pangkat kepada Pemangku Koperal dan Lans Koperal.

Penganugerahan kenaikan pangkat secara medan (luar biasa) disempurnakan oleh Ketua Polis Pahang, Datuk Robiah Abd. Ghani mewakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Mohd. Surani ketika ditemui melahirkan rasa terharu dengan penganugerahan itu serta berjanji akan bekerja dengan lebih gigih demi pasukan polis.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: