Sunday, August 2, 2009

Siasat guna Enakmen Agama Bukan Islam - JAIS


KERATAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengkaji tindakan terhadap kumpulan ajaran sesat Qadiani melalui Enakmen Agama Bukan Islam.

Penolong Pengarah Bahagian Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Mohd. Hidayat Abd. Rani berkata, siasatan dibuat selepas kumpulan itu menggunakan beberapa kalimah Islam yang diletakkan di tempat ibadat dan tanah perkuburan mereka.

"Kita berdepan dengan masalah apabila Qadiani sudah diisytiharkan terkeluar daripada Islam, jadi mereka sebenarnya bebas mengamalkan ajaran sesat tersebut.

"Tapi apabila mereka menggunakan beberapa kalimah Islam yang diletakkan di tempat ibadat mereka dan tanah perkuburan bukan Islam, kita boleh kenakan tindakan berdasarkan Enakmen Agama Bukan Islam,'' kata Mohd. Hidayat kepada Kosmo! Ahad semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: