Sunday, August 2, 2009

Kubur eksklusif pengikut Qadiani


TANAH perkuburan untuk pengikut ajaran Qadiani yang terbiar di Kuala Selangor.



BATU nisan seorang pengikut Qadiani yang dikebumikan di tanah perkuburan ajaran itu di Kuala Selangor.


SUNGAI BULOH - Pertambahan pengikut mendorong penggerak ajaran Qadiani yang diisytiharkan terkeluar dari Islam sejak 1975, mewujudkan tanah perkuburan yang diwartakan eksklusif kepada penganutnya sahaja.

Tanah perkuburan seluas 1.9 hektar milik persendirian di Kuala Selangor itu bagaimanapun terbiar dan ditumbuhi semak samun.

Tinjauan Kosmo! Ahad mendapati, terdapat lebih kurang 20 kubur di situ dengan jenazah paling awal dikebumikan pada 1957.

Menariknya, setiap batu nisan bercirikan Islam dan difahamkan cara menguruskan jenazah juga 'dicedok' daripada amalan agama Islam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: