Sunday, August 2, 2009

Projektor radioaktif hilang


PROJEKTOR sinaran gamma mengandungi radioaktif yang mungkin seakan sama dengan unit yang dilaporkan hilang di Dungun kelmarin.


DUNGUN - Seorang pencuri mungkin tidak sedar dia telah melarikan seunit projektor sinaran gamma seberat 25 kilogram (kg) yang mengandungi bahan radioaktif dari sebuah stor di Kampung Cacar, Paka, Dungun kelmarin.

Peralatan milik sebuah syarikat swasta untuk mengesan kebocoran pada kerja-kerja kimpalan saluran gas itu disedari hilang kira-kira pukul 2 petang dan didakwa berbahaya jika bocor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri berkata, stor itu menempat tiga unit projektor tersebut yang setiap satunya berharga RM10,000.

"Kita bimbang sebab alat tersebut mengandungi bahan radioaktif yang boleh mengancam nyawa orang ramai jika tidak dikendalikan dengan cara betul," ujarnya ketika dihubungi semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: