Sunday, August 2, 2009

Saya suka Gugu Gaga Erra




TERTARIK saya dengan komen yang diluahkan oleh seorang pembaca dalam akhbar sisipan Pancaindera bertarikh 19 Julai 2009 yang bertajuk Gugu Gaga Erra untuk siapa?.

Saya rasa jawapannya mudah sahaja, pastinya untuk peminat setia Erra Fazira yang ingin mengetahui realiti hidupnya selepas melahirkan anak.

Nama pun Gugu Gaga Erra maka pastinya lebih kepada Erra Fazira. Lainlah kalau tajuknya Gugu Gaga Engku Aleesya. Bagi saya, keadaan ini senang sahaja, jika tidak berminat menontonnya, tukarlah kepada siaran lain yang mungkin dianggap lebih berfaedah.

Bagi saya, mungkin program ini boleh ditujukan 'khas' kepada 'individu-individu' yang dulu tidak sabar-sabar ingin melihat kehidupan Erra Fazira dan anaknya.

Jadi sekarang terpulang kepada masing-masing. Kepada yang meluat, bosan atau sebaliknya, terimalah hakikat bahawa itulah kehidupan realiti bukan lakonan atau 'plastik'.

Apapun saya 'tabik' dengan Erra dan Emran kerana berani. Memang betul, bukan Erra sahaja yang ada anak tetapi itulah 'eksklusifnya' Erra Fazira.

Nak tengok di Melodi perkembangannya jangan haraplah. Jadi saya rasa ada bagusnya juga Erra mempunyai program sendiri.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: