Sunday, August 2, 2009

Rossa pasca perceraian




TARIKH 14 Julai 2009 menjadi titik akhir rumah tangga antara Rossa dan Yoyok Padi. Mereka disahkan bercerai oleh Mahkamah Syariah Jakarta Selatan.

Bukan mudah bagi seorang wanita yang pernah bersuami untuk melalui kehidupan sendirian tanpa suami, lebih-lebih lagi jika sudah memiliki anak. Itulah yang dirasai dan perlu dilalui oleh Rossa sekarang. Namun penyanyi berasal dari Sumedang ini berpendapat perceraian mungkin akan memberi kebaikan dalam hidupnya.

Walaubagaimanapun Rossa mengakui terganggu dari segi psikologi kerana penceraian itu. Namun dia perlu meneruskan kehidupan bersama anak tunggalnya Rizki Langit Ramadhan yang kini diserahkan di bawah jagaannya. Sebagai bapa, Yoyok bebas untuk bertemu anak mereka bila-bila masa sahaja.

Rossa juga masih meneruskan undangan nyanyian dan semasa mengadakan persembahan di Surabaya, anaknya dikatakan sakit. Walaupun dihantui rasa bersalah namun Rossa terpaksa meneruskan kerjanya sehingga selesai sebelum pulang menemui anaknya.

Rizki bukan sahaja mendapat perhatian daripada Rossa dan keluarganya malah daripada Yoyok juga. Yoyok tetap bersama Rizki semasa dia sakit.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: