|
|
VOKALIS kumpulan Ungu, Sigit Purnomo atau lebih dikenali sebagai Pasha kini harus berurusan dengan pihak polis, apabila bekas isterinya, Oky Agustina membuat laporan mendakwa dianiaya oleh penyanyi berkenaan.
Oky yang diiringi oleh ibunya, membuat laporan itu di Ibu pejabat Polis Daerah Bogor, pada Rabu lalu.
Menurut Oky yang turut diiiringi oleh peguamnya, Jhon Peter Simantunjak, kejadian tersebut berlaku ketika Pasha berkunjung ke rumahnya di Kompleks Perumahan Bukit Cimanggu Villa, di Kota Bogor pad sebelah pagi hari yang sama.
Ketika itu kata Oky, Pasha datang ke rumahnya dan berlaku salah faham berhubung masalah anak-anak hasil perkahwinan mereka.
‘‘Dia tuduh saya menghalang haknya dan dia mendesak saya membuat perjanjian baru yang antara lain menyatakan saya tidak memerlukan lagi bantuan moral dan material,’’ kata Oky.
Oky berkata, dalam pertengkaran itu Pasha mengeluarkan kata-kata kasar.
‘‘Dia menolak saya, menarik dan mencengkam muka. Saya cuba mempertahankan diri dengan menendangnya tetapi perlahan,’’ kata Oky.
Kejadian itu, katanya disaksikan pembantunya terutama ketika Pasha menariknya.
Hasil pemeriksaan doktor, Oky mengalami kecederaan di bahagian kening, pipi kiri dan tangan.
Oky mendakwa tindakan penganiayaan yang dialaminya sudah beberapa kali berlaku, sejak mereka bercerai pada Januari lalu.
‘‘Kejadian pertama berlaku pada 3 Jun lalu. Ketika itu peguam saya menjadi saksi,’’ kata Oky.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: