Sunday, August 2, 2009

Malam Horey-Horey meriah


MOHAMED HASHIM (enam dari kiri), memotong pulut kuning bersama-sama Aziz (empat dari kiri), Baharom (tengah) dan Mohd. Nor pada Malam Horey-Horey Kosmo! di Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR – Menjelang ulang tahun kelima akhbar kompak Kosmo! dan peningkatan jualannya, satu majlis makan malam melibatkan kakitangannya diadakan di sini malam kelmarin.

Dengan nama Malam Horey-Horey Kosmo!, ia dianjurkan oleh syarikat Utusan Melayu (M) Berhad sebagai tanda penghargaan kepada para warga kerja Kosmo!


KREATIF. Sebahagian gelagat wartawan am semasa mempersembahkan sketsa dan nyanyian sempena Malam Horey-Horey Kosmo! di Kuala Lumpur malam kelmarin.


Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin berkata, pencapaian Kosmo! sekarang cukup membanggakan syarikat dan kejayaan yang dikecapi perlu diraikan sebagai tanda terima kasih.

“Apa yang dicapai oleh Kosmo! sekarang ini menggembirakan pihak pengurusan dan bukti ia diterima ramai,” katanya ketika berucap pada majlis yang sama.


WARTAWAN Kosmo!, Shawkat Azde (kanan) dan Suhana Yusop melakonkan satu sketsa pada Malam Horey-Horey Kosmo! kelmarin.


Malam Horey-Horey Kosmo! turut dihadiri Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak, Timbalan Ketua Pengarang, Othman Mohamad serta Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin dan penolongnya, Mohd. Nor Samad.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: