Saturday, August 1, 2009

Elaun penerima pingat naik


MOHD. NAJIB menyampaikan sijil penghargaan kepada bekas Sarjan, Husin Pak Su di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Anggota pasukan keselamatan yang dikurniakan pingat kebesaran negara mendapat 'durian runtuh' sempena Hari Pahlawan tahun ini apabila kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar Elaun Kenangan yang diterima sehingga 500 peratus berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu semalam berkata, bagi anggota keselamatan yang dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), kerajaan bersetuju menaikkan kadar elaun itu kepada RM2,000 sebulan berbanding RM400 sebelum ini.

Sementara elaun penerima Pingat Gagah Berani (PGB) akan dinaikkan kepada RM1,500 sebulan berbanding RM300 sebelum ini.

"Sebagai menghargai kehadiran mereka hari ini (semalam), maka kita bagi pembayaran ex-gratia tambahan supaya kedatangan mereka berbaloi. Tetapi bila sudah pinda akta, (mereka) akan dapat bayaran tunggakan," katanya pada majlis Penghargaan Kepada Pahlawan Tanah Air di Kementerian Pertahanan di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: