Sunday, August 2, 2009

Bunkface buat perangai lagi?

KUMPULAN muzik yang sedang popular dan bakal menggegarkan dunia muzik Indie iaitu Bunkface buat hal lagi? Hal apa pula ni? Tak lama dulu Bunkface dikatakan tidak mahu bergambar dengan majalah dan media arus perdana. Tak kena dengan konsep mereka kononnya.

Tapi masalah itu nampaknya dah diselesaikan dengan baik. Ada sikit salah faham saja.

Baru-baru ni ada orang report dekat Niezam lagi mengatakan Bunkface tak mahu bergambar dengan mana-mana majalah yang mahu mengaitkan mereka dengan kisah cinta.

Dia orang mahu cerita mengenai album saja. Kisah-kisah cinta tak main la nak dikongsi. Macam tulah bunyinya.

Yalah kan... sejak penyanyi utamanya Sam, bercinta dengan pelakon Juliana Evans, terus ada peraturan dia orang tak mahu buka kisah-kisah cinta terutama selepas gambar Sam cium pipi Juliana tersebar di Internet.

Kadang-kadang ada majalah berkonsepkan remaja yang mahu pembacanya didedahkan dengan kisah-kisah cinta artis. Kalau surat khabar, lain pula pendekatannya. Kena faham la konsep-konsep itu.

Dan yang terbaru Niezam diberitahu Bunkface sudah pecat pengurus mereka iaitu Zara dan digantikan dengan pengurus baru bernama Peah. Peah ni nama macam makcik-makcik di kampung tapi jangan salah anggap pula Peah yang dimaksudkan ini seorang lelaki tulen dan kerasnya macam rel kereta api.

Menurut wartawan Syed Mussaddad yang sempat berbual dengan Peah, katanya Peah menjelaskan memang Bunkface tidak mahu media mengorek kisah cinta mereka tetapi tak ada masalah kalau dipanggil untuk mengadakan sesi fotografi.

Soal salah faham Bunkface dengan pengurus lama seperti yang didakwa itu memang tak berlaku sebaliknya atas alasan lain Zara menarik diri untuk menguruskan Bunkface.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: