Sunday, August 2, 2009

Zainal Alam dah bebas H1N1


Zainal Alam


PENGACARA popular di Astro, Zainal Alam Kadir yang dipanggil Alam mengaku kepada Niezam dia terkena jangkitan penyakit influenza A (H1N1) . Kisahnya pada 1 Julai lalu dia bercuti ke Singapura selepas selesai melaksanakan satu program di Danga Bay, Johor Bahru.

Balik dari Singapura itu dia rasa badannya kurang sihat dan terus mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta. Bagaimanapun selepas rawatan itu, pihak hospital berkenaan meminta Alam untuk merujuk kesnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sehinggalah dia disahkan menghidap penyakit itu.

Kata Alam dia ditempatkan di satu bilik khas hospital berkenaan selama tiga hari sebelum dibenarkan keluar untuk berehat di rumah selama seminggu.

Selepas sembuh penyakit itu, Alam memulakan tugasnya sebagai pengacara di Astro seperti biasa.

Menurut Alam, memang sakit terkena penyakit itu. Kepala berdenyut-denyut dan badan pula macam bisa-bisa dicucuk jarum.

“Kalau nak tahu macam mana sakit, bayangkan kita bedah tapak kaki, masukkan batu kemudian jahit semula dan kita berjalan guna kaki yang ada batu tadi. Macam itulah sakitnya,” kata Alam.

Mak...! Memang sakit betul tu. Tapi syukurlah Alam dah sembuh setelah dirawat dengan layanan kelas satu petugas HKL. Cuma yang tak sedap sikit ada artis memfitnah mengatakan Alam disumbat ke dalam setor hospital gara-gara tak cukup tempat nak rawat pesakit.

Tapi Alam tak berdendam pun dengan artis itu sebab dia tahu artis berkenaan memang “haprak”.

Rezeki Alam pun murah. Dalam minggu ni saja dia dapat banyak undangan menjadi pengacara untuk projek di bawah Astro selain beberapa kerja amal lain.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: