Sunday, August 2, 2009

Bersabarlah Adibah Noor

BARU-BARU ni Niezam dapat panggilan telefon daripada seorang peminat artis paling comel iaitu Adibah Noor. Kata peminat itu, dia menangis tiga hari tiga malam selepas membaca satu kenyataan seorang selebriti yang menghina Adibah.

Peminat itu kata dia terkejut selepas membaca tulisan di blog coretan selebriti berkenaan yang mengutuk peribadi Adibah termasuklah menghina keadaan fizikalnya. Lebih memeranjatkan tulisan itu turut menyamakan Adibah dengan makhluk lain.

Peminat itu suruh Niezam baca tulisan berkenaan tetapi tak sampai hati nak buka. Yalah... kita dengar cerita orang pun sudah tidak sanggup nak dengar apatah lagi untuk membacanya sendiri.

Niezam nak persoalkan kepada “selebriti mangkuk hayun” tu kenapa dia dengki sangat dengan Adibah?

Rasanya Adibah Noor sebaik-baik artis yang tidak pernah mengganggu periuk nasi dan rumah tangga orang. Sebelum ini Niezam pernah jumpa Adibah di sebuah restoran dan bertanyakan perihal ada artis yang mengutuk dia.

Jawapan yang Adibah beri senang saja. “Biarlah orang nak kata apa pun kepada saya asalkan saya tak kacau orang sudahlah. Allah lebih tahu,” katanya ringkas.

Tengoklah orang berbudi bahasa macam Adibah Noor ni, sentiasa reda dengan ujian sebegitu rupa. Sebab itulah rezeki dia melimpah ruah. Iklan-iklan di televisyen juga banyak yang ada muka dia walaupun “selebriti mangkuk hayun” itu mengutuk keadaan fizikalnya.

Dalam masa yang sama juga undangan menyanyi untuk dia berlambak-lambak sampaikan dia mampu untuk membawa orang-orang di belakang tabirnya ke luar negara.

“Selebriti mangkuk hayun” ni apa dah jadi? Dahlah hutang keliling pinggang tak boleh nak bayar tetapi masih tak insaf dengan musibah yang menimpa.

Niezam harap kepada Kak Adibah bersabarlah dengan hinaan selebriti itu. Kalau jumpa, kepit saja kepala “mangkuk hayun” tu bawah ketiak Kak Adibah baru dia tahu. Kepada semua pembaca marilah kita berdoa kepada selebriti berkenaan agar dia diberi hidayah dan petunjuk.


1 comment:

  1. sokong kak adibah...hentak jea kple dye gne bntot kak dibah....

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: