Friday, April 24, 2009

Soseh Soseh: Pengurus amuk, artis jadi mangsa


GARA-gara tidak dapat masuk ke acara 'post party' satu acara hiburan berprestij baru-baru ini, seorang pengurus artis mengamuk sakan dan menyebabkan kekecohan di pintu masuk.

Kata rakan SS, pengurus artis itu tidak dibenarkan masuk oleh pengawal bertugas malam itu kerana dia tidak mempunyai pas yang diberikan kepada tetamu VIP yang dijemput hadir menerusi kad jemputan masing-masing.

Tapi apa yang peliknya, ramai juga pengurus artis yang tidak mempunyai pas berkenaan, tapi dapat pula masuk ke acara yang dihadiri tetamu VIP, artis popular dan wakil media bertugas pada malam berkenan.

Selepas disiasat rakan SS, rupa-rupanya pengurus artis ini tidak pandai menjalankan tugasnya itu. Yalah, kata rakan SS, kalau 'mulut longkang' dan berlagak tidak kena tempat, macam manalah pengawal yang bertugas di depan pintu masuk itu terbuka hati hendak membenarkan masuk?

Kata rakan SS, selepas tidak dibenarkan masuk, pengurus artis itu terus membawa 'lari' artis muda yang diuruskannya itu keluar dari 'post party' berkenaan sedangkan acara pada malam itu baru nak bermula.

Justeru, ramailah wakil media yang kecewa kerana tidak dapat menemu bual artis muda yang baru menang trofi pada malam itu kerana si artis berbakat besar itu terpaksa pulang awal kerana mengikut kerenah pengurusnya itu.

Pada pandangan SS, tindakan pengurus artis itu hanya merugikan masa depan artis muda itu sendiri.

Sepatutnya, artis muda itu dapat banyak publisiti daripada pihak media sekali gus menaikkan nama dan popularitinya di persada seni tanah air. Namun, kerana sikap buruk pengurusnya sendiri, artis muda itu pula yang terpaksa menanggung akibatnya.

Jika sikap buruk pengurus artis itu berterusan, SS nasihatkan artis itu cari saja pengurus yang baru yang boleh buat kerja dan tidak berlagak tak tentu pasal kerana ia berkaitan masa depannya sendiri dalam bidang seni.

Maklum saja pasaran album sekarang lesu, seharusnya kena ada pengurus panjang akal untuk merangka strategi publisiti bersistematik supaya nama artis itu tidak pudar di bidang seni.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: