| "DIA (Norman Hakim) memang lelaki yang paling rapat dalam hidup saya buat masa ini. Saya memang tidak berkawan dengan lelaki lain. Tapi, sejauh mana hubungan kami berdua sama ada bercinta atau perancangan untuk berkahwin selepas ini, soalan itu perlu ditanya kepada Norman sendiri. |
"Maklumlah, kini orang menyalahkan saya kerana keruntuhan rumah tangganya dengan pelakon Abby Abadi. Sebagai wanita, tidak manis saya yang bercakap lebih-lebih perkara ini, seperti pepatah, 'Takkanlah perigi pula yang mencari timba," kata Memey atau Suhaiza Suhaimi, 21.
Terus terang, kata Memey, dia memang menghadapi tekanan kerana sering ditanya status hubungannya dengan Norman sampai hari ini.
"Bilakah semua ini akan berakhir? Itulah juga perkara pertama yang saya fikirkan setiap kali menghadiri sidang akhbar kerana saya tahu orang akan tanya soalan yang sama juga.
"Saya memang sudah bosan untuk menjawab soalan yang sama tapi nak buat macam mana, ia perkara yang tidak boleh dielakkan. Pihak wartawan hanya buat kerja mereka saja.
"Saya juga terpaksa datang untuk menghadiri sidang media drama lakonan saya kerana ia komitmen yang perlu diberikan sebagai pelakon," katanya.
Memey berkata, dia mengakui tidak ada kebebasan untuk berjumpa dengan Norman seperti pasangan lain.
"Kami juga tidak boleh berjumpa di pejabat Norman kerana setiap kali saya ke sana, pasti ada orang mengekori dan menunggu di sana.
"Kebebasan saya selama ini terganggu kerana setiap pergerakan sentiasa diperhatikan orang. Saya percaya, orang hanya cari sebab untuk mencari salah saya saja sekarang.
"Setiap kali bertemu Norman di pejabatnya, pasti ada orang sampaikan pada pihak media. Kini, kami terpaksa bertemu di tempat lain supaya tidak dihidu orang lagi. Tapi tempat itu masih tempat awam cuma ada kebebasan sikit di situ," katanya.
| |
Justeru, kata Memey, dia berharap perbicaraan kes khalwatnya dengan Norman pada 15 Mei ini juga selesai dengan baik.
| |
"Kalau orang tanya bila saya nak kahwin dengan Norman. Jawapan saya mudah saja. Saya belum fikir soal kahwin lagi kerana usia masih muda, baru 21 tahun. Buat masa ini, fokus saya pada kerjaya seni dulu dan membantu keluarga," katanya.
Memey ditemui ketika pelancaran drama online terbaru, Gua, Mingguan Lelaki di Solaris Mont Kiara, di sini, baru-baru ini.
Mengenai lakonannya dalam drama Mingguan Lelaki, Memey berkata, ini kali pertama dia berlakon di bawah arahan Aziz M Osman.
"Ketika ditawarkan berlakon dalam drama online, Mingguan Lelaki, saya berasa berdebar dan takut kerana tidak pernah bekerja dengan Aziz sebelum ini.
"Namun, banyak ilmu lakonan yang saya boleh belajar dengannya ketika penggambaran kerana Aziz, pengarah yang kreatif. Sebelum penggambaran sesuatu babak itu, kami perlu berlatih dulu sebelum menjayakan babak sebenar dan begitulah babak seterusnya. Ia bagaikan kelas lakonan bagi saya.
"Watak yang ditawarkan pada saya juga mencabar kerana Farah adalah wanita penggoda. Sebelum ini, saya sering diberikan watak gadis kampung yang baik dan jarang dapat karakter seperti ini.
"Ada tiga babak yang saya perlu ulang banyak kali. Antara babak paling susah ialah episod 7, babak Farah perlu menggoda Ilham (lakonan Fazren Rafi) di ruang tamu," katanya.
Selain itu, Memey baru selesai penggambaran filem Dimensi Cinta arahan Eddie Pak dan drama untuk RTM, Khatan.
Tidak ketinggalan, dia juga terbabit dalam drama bersiri 62 episod, Roda-Roda Kuala Lumpur terbitan Skop Productions.
"Setakat ini, tawaran berlakon tidak pernah putus tapi saya lebih mementingkan aspek kualiti daripada kuantiti kerana saya ingin orang menilai menerusi hasil kerja," katanya.
Ditanya, sama ada dia mengelakkan diri daripada bergandingan dengan Norman atau Abby dalam drama, Memey berkata, dia tidak ada masalah untuk bergandingan dengan mereka pada masa depan.
"Saya juga tidak kisah jika bergandingan dengan Norman atau Abby sekalipun kerana sebagai pelakon, saya perlu profesional. Cuma setakat ini, saya belum pernah digandingkan dengan mereka dalam mana-mana projek lagi," katanya.
tino bengong...peruntuh rmah tgga org....ltak kt mna eh otak.....x cerdik lgsung....da tau tok laki org...wt pe dok kcau lg...cian kt abby....bodo punye owg...norman pom bodohh...bini cantik habiss,,msih nak menggatal...ni ar dasar lelaki...lelaki buaya darat........huh...so terrible u r...
ReplyDeleteweh ape nih kutuk2 orang ni! x baik aa!
ReplyDeleteMemang! Dasar pempuan x sedor diri! Menggatal! Mengenyam! Meghelar! Siap cakap tu jumpa kat tempat yang x di hidu orang! kat mane?? Kat Jamban le tuh! Cheh! Pempuan x tau malu! dah menggatal! keluar pulak statement tak pandai lakon watak penggoda! Dasar Kambin!
memang tul.mintak2 la norman dan memey bca.aku sokong korang.
ReplyDelete