DI Honolulu, Hawaii, sepohon pokok anggur yang jarang dijumpai telah dikategorikan sebagai spesies terancam oleh Jabatan Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar. Ia adalah spesies kedua yang diklasifikasikan sedemikian di bawah pimpinan Presiden Obama selepas seekor ikan salamander Flatwood ditemui di Georgia, Florida Utara dan Carolina Selatan.
Tumbuhan ini hanya ditemui di hutan paya bakau di pulau itu pada ketinggian 2,300 hingga 4,200 kaki dari paras Laut. Pokok ini memanjat dan menumpang di atas pokok lain.
Walaupun tidak mempunyai nama khas, secara saintifiknya ia dipanggil Phyllostegia Hispida. Hanya 10 tumbuhan itu dikenal pasti di antara tahun 1910 dan 1996. Pada tahun seterusnya, ia dianggap telah pupus selama-lamanya kerana pokok itu mudah mati disebabkan bencana alam seperti ribut taufan dan jangkitan penyakit. Di samping itu, risiko ancaman babi hutan dan persaingan sesama tumbuhan lain turut menyumbang kepada survival pokok anggur ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: