KALAU hendak dikira, dalam setahun entah berapa kali pelakon jelita Rozita Che Wan digosipkan berkahwin dengan pelbagai VIP yang semuanya suami orang. Bagaimanapun, Rozita menepis semua gosip itu dengan cara cukup berhemah. |
Setiap kali pertanyaan mengenai desas-desus perkahwinannya dengan VIP itu dan ini diajukan kepadanya, dia menjawab dengan senyuman manis terukir di bibir. Bagusnya dia, sedikit pun tidak melatah.
Tetapi itulah, orang cantik jelita tepis macam mana pun orang akan terus memperkatakannya juga. Masyarakat selalu memerhatikannya. SS rasa kalau artis itu menetap di pulau di tengah lautan sekali pun, orang sanggup berkayuh perahu untuk mengintai ceritanya. Begitulah hangatnya kisah artis yang satu ini.
Selepas reda gosip mengatakan Rozita kahwin dengan suami artis terkenal, timbul pula cerita terbaru. Kali ini SS dengar khabarnya Rozita dikatakan berkahwin dengan seorang VIP. Kali ini bukan berstatus Datuk atau Tan Sri tapi lebih tinggi daripada itu dan orangnya pula kerabat diraja.
Apa yang boleh SS katakan, VIP itu kaya raya. Berita Rozita dikatakan berkahwin dengan VIP berkenaan timbul apabila ada yang nampak VIP itu kerap berulang-alik ke rumah pelakon yang menjadi sememangnya menjadi idaman ramai lelaki.
Tambah membuatkan pembawa cerita itu semakin yakin kerana jika ibu Rozita ada di rumah pun, katanya, VIP itu tanpa segan silu bertandang ke rumahnya. Kesimpulannya, sudah tentu hubungan mereka sangat akrab. Kalau tidak, takkan VIP itu berani keluar masuk rumah orang sesuka hati.
Tetapi SS yakin, jika ditanya lagi mengenai 'perkahwinan' terbarunya itu kepada Rozita, pasti ibu dua anak ini menafikannya melainkan ada bukti surat nikah.
Sebenarnya, kalau benar Rozita menikah lagi tiada salahnya kerana dia pun kini bersendirian. Jika benar berkahwin, tak baik menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan ramai.
Sebaliknya kalau sah mereka belum berkahwin, tak manislah VIP itu selalu keluar masuk rumah artis itu. Kelak ia menimbulkan fitnah. VIP itu pun bukan calang-calang orang dan SS rasa bukan selayaknya VIP itu bersikap seperti anak muda lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: