Wednesday, March 25, 2009

Soseh Soseh: DJ ada skandal dengan pelakon pukul isteri?


BELUM habis kisah artis dan selebriti kahwin 'ekpress', timbul pula cerita DJ pukul isteri kerana ada skandal dengan pelakon. Berita ini mula tersebar luas apabila isteri Dj itu buat laporan polis.

Terlalu banyak godaan di luar membuatkan rumah tangga sekarang menjadi semakin rapuh. SS tidak mahu menjadi pengadil kepada mana-mana pihak kerana masalah rumah tangga hanya suami isteri itu saja yang tahu.

Cuma SS harap DJ itu jangan terlalu leka dengan dunia luar sehingga mengabaikan anak isteri. Si isteri pun buatlah 'post mortem' terhadap diri sendiri.

Tetapi itulah orang lelaki ini, walaupun dapat isteri cantik bak bidadari, kalau ada yang menggoda pasti akan cari lain juga.

Sebenarnya lelaki ini ada pelbagai spesies. Ada yang menggatal di luar, tetapi masih menjaga anak isterinya dengan baik. Segala keperluan rumah tangga mencukupi, tiada satu pun yang kurang.

Tetapi DJ yang suka pukul isteri ini, jenis lelaki sebal. Kalau ada orang baru dalam hidup pun, janganlah cepat sangat naik tangan ke tubuh isteri. Ingat isteri tu patung bernyawa? Adakah orang baru itu terlalu hebat sehingga mampu menutup segala kebaikan isteri sendiri?

Sebelum hendak 'naik tangan', cuba kenang kembali kemanisan hidup bersama isteri. Daripada pengalaman kawan-kawan SS sendiri, beristeri dua atau lebih jarang menjanjikan keindahan berpanjangan melainkan salah seorang sanggup berkorban hati dan perasaan serta jangan sesekali menganggap si suami miliknya seorang.

Maksudnya, jangan tanya suami tidur kat rumah siapa malam itu, tetapi kebanyakannya kata kawan SS, apabila susah atau sakit, isteri pertama juga akan dicari.

Pada SS, kejayaan Salih Yaacob beristeri tiga dan akan mencukupkan kuotanya tidak lama lagi, itu 'kes istimewa'. Mungkin satu dalam seribu. Kepada yang tidak mampu berbuat demikian, jangan ikut caranya. Itu rezeki Salih.

Kepada DJ itu, jangan terikut-ikut cara orang lain. DJ itu perlulah menyelami hati pelakon itu adakah dia ikhlas menerimanya sebagai kekasih atau sekadar mencari glamor semata-mata.



Jangan nanti kilauan kaca disangka intan. Daripada firasat SS, pelakon itu bukan hendak kahwin dengan DJ itu pun, suka-suka saja dan hendak tunjuk betapa hebatnya dia dapat menawan hati suami orang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: