Wednesday, March 25, 2009

Maya kahwin akhir tahun?


MELIHAT akan keseronokan rakan-rakan karibnya bermain dengan anak, tidakkah Maya teringin mendirikan rumah tangga dan menimang cahaya mata?

"Siapa yang tidak mahu. Tanyalah semua wanita pasti perkara itu menjadi antara agenda utama hidup mereka. Cuma saya sekarang ini sibuk dengan kerjaya seni.

"Tambahan pula tahun ini pelbagai perkara sudah dirangka lebih awal seperti album saya yang kini sudah hampir siap sepenuhnya dan bakal menemui peminat pada pertengahan April ini.

"Single pertama Mata yang dicipta Cat Farish juga sudah saya hantar kepada radio untuk diputarkan. Selain itu saya turut merakamkan kembali lagu Matahari dengan diberikan susunan baru. Sebaik dipasarkan saya akan sibuk mempromosikan album dihasilkan.

"Setakat ini saya ada beberapa syarikat rakaman berminat untuk mengedarkannya. Selain sibuk dengan album saya turut menerima tawaran berlakon drama tidak putus-putus. Jadi bagaimana saya hendak memikirkan soal berumah tangga," katanya.

Begitupun Maya akui dia ada membuat perancangan kemungkinan besar akan berkahwin pada akhir tahun ini, apatah lagi usianya kini mencecah 33 tahun.

Maya juga tidak pernah merahsiakan hubungannya dengan seorang jejaka yang juga seorang ahli perniagaan, bagaimanapun, katanya, segalanya diserahkan kepada takdir.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: