|
|
RANI MUKHERJI kini dilaporkan sedang sibuk berusaha memantapkan bentuk tubuhnya sebelum menjalani filem terbaru yang memerlukan dia menghidupkan watak seorang ahli sukan.
Bagi mencapai matlamatnya itu, Rani telah mendapatkan khidmat jurulatih peribadi aktor Aamir Khan, Satyajit Chourasia.
Satyajit memberitahu IANS baru-baru ini: "Rani sedang giat melakukan pelbagai latihan termasuk angkat berat dan yoga untuk menguruskan badannya. Dia juga menjaga pemakanannya dengan lebih profesional."
Tambahnya: "Dalam menu harian Rani, tiada lagi makanan berminyak dan diet pemakanan yang diambilnya cukup seimbang."
Sebelum ini Rani sudahpun memiliki badan yang kurus ketika muncul sebagai pelakon undangan dalam filem, Rab Ne Bana Di Jodi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: