Tuesday, March 24, 2009

Si seksi jadi jurucakap kasut


PRIYANKA CHOPRA


Priyanka Chopra mendapat penghormatan apabila dijemput mengunjungi ibu pejabat gedung fesyen terkemuka Itali, Salvatore Ferragamo di Florence baru-baru ini.

Di sana, dia telah diberi layanan kelas kenamaan seperti yang sering dikecapi selebriti ternama Hollywood. Kehadiran Priyanka disambut sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif gedung fesyen itu, Leonardo Ferragamo yang kemudian membawanya melawat muzium yang menempatkan produk keluaran jenama tersebut.

Dia merasa teruja apabila sepasang kasut dibuat khas untuknya dan mengikut cita rasanya disiapkan ketika itu juga.

"Siapa sangka, impian saya untuk memiliki kasut dari jenama terkenal ini mengikut cita rasa sendiri akhirnya tercapai," ujarnya.

Sehubungan itu aktres seksi yang juga model itu bakal turut terbabit dalam kempen koleksi kasut jenama itu bagi musim panas 2009.

7 comments:

  1. salam....sy guru lepasan ijazah dan bertugas hampir 3 tahun...bagi saya apa yg ditegur atau dikritik adalah untuk tujuan penambahbaikan.Rata-ratanya ingin membetulkan 'kecacatan' di dalam profession perguruan dari segi sahsiah dan bukan gaji.Saya akui ada kritikan yang melampau tapi sesetengahnya adalah benar dan ia adalah realiti yg perlu dihadapi.Masih ramai pelajar yg menghormati guru dan hanya sesetengah guru yang tidak mendapat penghormatan sedemikian rupa .Kenapa berlaku sedemikian,guru berkenaan harus bertanya pada diri sendiri dan betulkan diri.Sesuai dengan status 'pelajar' yg masih belajar, maka kita sebgai org yg 'terpelajar' harus mengajar dan bukan berputus asa atau mengeluh.MMg tugas sebagai guru tidak mudah dan semua orang tahu dan sebelum ini tiada yg mengkritik keperibadian guru dan berapa tangga gaji guru,adakah patut atau tidak dan lain-lain.Kerana nila setitik mmg akan rosak susu, maka nila yg setitik ini harus ditapis cepat-cepat atau dibuang atau apa sahaja tindakan....Cikgu tetap mulia di hati pelajar jika betul caranya.t.kasih....Berkhidmat Untuk Negara

    ReplyDelete
  2. cikgu? apa kena mengena posting nie dengan profesion guru? ooii...mabuk ka??

    ReplyDelete
  3. Yalah...salah tmpt ini...... tgk btl2 cikgu yer......

    ReplyDelete
  4. he..he..aah...sian cikgu..xpe la.mybe die tgok si prianka chopra ni cm cikgu, kot...

    ReplyDelete
  5. ha ha....silap parking...tkper...abaikan je la...bukan dosa pun korg ni pun...cikgu pegi topik yg atas tu yer

    ReplyDelete
  6. giler...cikgu zaman skrang pn Lalok

    ReplyDelete
  7. yeah...saya sokong cikgu....tp cikgu, ni salah bab ni cikgu....kalau anak murid cikgu nih confirm cikgo dah pangkah.....ni bab si seksi jd jurucakap kasut, bab lain nih cikgu...cikgu mamai kot???takpela cikgu dimaafkan...

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: