|
|
BERMULA dengan angan-angan kecil untuk menjadi bintang, impian gadis berdarah kacukan Cina-Inggeris ini akhirnya menjadi kenyataan apabila dia mendapat tawaran berlakon dalam filem terbaru Yasmin Ahmad, Talentime.
Hanya dalam pertemuan pertama, adik kepada penyanyi Vince ini telah berjaya mencuri perhatian Yasmin. Ketika itu Pamela Chong diminta menemani ibunya sebelum ditawarkan memegang watak utama dalam filem tersebut.
Menurut Pamela, berlakon dalam filem arahan Yasmin merupakan satu penghormatan besar buat dirinya yang baru pertama kali bergelar pelakon.
Membawakan watak Melur, seorang gadis Melayu, Pamela berusaha untuk memberikan yang terbaik sepanjang penggambaran walaupun dia mengakui menghadapi sedikit kesukaran berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
Selain bergelar pelakon, gadis berusia 25 tahun ini juga mempunyai bakat dalam pengacaraan dan kini sedang menjadi hos bagi sebuah program pendidikan TV IQ di saluran Astro.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: