Thursday, March 26, 2009

Nokia E71

Dilengkapi dengan aplikasi Microsoft Exchange, anda hanya memerlukan satu sentuhan untuk mengakses e-mel baik bagi kegunaan peribadi atau profesional.


SELAIN pengurusan maklumat peribadi dan e-mel, gajet ini juga menyokong perkhidmatan Ovi terbaru Nokia.


RANGKAIAN produk siri 'E' Nokia memperkenalkan gajet yang mengoptimumkan kemudahan e-mel terbaru, Nokia E71. Nipis dan bergaya, gajet yang didatangkan dengan paparan kekunci QWERTY penuh itu memenuhi keperluan golongan profesional dan cita rasa peribadi.

Dilengkapi dengan aplikasi Microsoft Exchange, anda hanya memerlukan satu sentuhan untuk mengakses e-mel baik bagi kegunaan peribadi mahupun tujuan profesional.

Pengguna yang menggunakan Microsoft Exchange di tempat kerja boleh mengakses e-mel mereka menerusi Mail for Exchange yang telah dimuatkan ke dalam Nokia E71 terlebih dahulu. Selain e-mel, pengguna juga boleh memeriksa kalendar, kontak kenalan atau memuat turun lampiran seperti Word, Powerpoint, Excel mahupun fail-fail PDF ke dalam gajet mereka.

Nokia E71 memberi sokongan kepada akaun-akaun e-mel sebanyak kira-kira 1,000 penyedia perkhidmatan Internet (ISP) di serata dunia termasuk Hotmail, Yahoo! Mail dan Gmail.




Di samping itu, gajet ini juga menyokong penyelesaian Emel Nokia Intellisync Tanpa Wayar termasuk aplikasi e-mel pihak ketiga seperti System Seven dan Visto Mobile.

Boleh diperoleh dalam warna putih atau perak, Nokia E71 didatangkan dengan bekas keluli tahan karat yang cantik. Kemasan berwarna metalik yang menarik pula dipadankan dengan antara muka pengguna yang ringkas.

Selain pengurusan maklumat peribadi dan e-mel, gajet itu juga menyokong perkhidmatan Ovi terbaru Nokia, termasuk perkongsian media, muzik dan peta.

Nokia E71 juga didatangkan dengan sebuah kamera fokus auto 3.2 megapiksel serta memori lapan gigabait (GB) yang boleh diperbesarkan.

Model gajet tersebut juga meliputi sokongan VPN mudah alih bersepadu yang membolehkan pengguna-pengguna telefon bimbit profesional mengakses Intranet syarikat mereka. Pengguna juga boleh mengakses peranti lock and wipe untuk melindungi maklumat-maklumat syarikat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: