Thursday, March 26, 2009

Motosikal tanpa bateri, petrol


WAN RAMLI (kanan) memberi penerangan mengenai konsep motosikal Sel Fuel Serindit kepada Fadillah di Kuala Lumpur semalam.





KUALA LUMPUR - Bidang permotoran negara ini memasuki lembaran baru apabila teknologi Sel Fuel yang menggunakan sepenuhnya gas hidrogen hasil ciptaan saintis tempatan kini sedia untuk dipasarkan.

Kejayaan itu hasil kajian Institut Sel Fuel, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diterjemahkan melalui prototaip motosikal Sel Fuel Serindit I dan Serindit II yang menarik minat pihak industri permotoran antarabangsa untuk dikomersialkan.

Motosikal prototaip tersebut yang tidak menggunakan bateri dan petrol itu mampu memecut sehingga 35 kilometer sejam dengan kuasa elektrik 5 kilowatt yang dijana melalui gas hidrogen.

Pengarah Institut Sel Fuel, UKM, Prof. Ir. Dr. Wan Ramli Wan Daud berkata, kapasiti kelajuan motosikal itu boleh dipertingkatkan melalui penjana kuasa sel fuel yang dipertingkatkan.

"Setakat ini, kita hanya menggunakan kapasiti penjana yang mampu menjana 5 kilowatt tetapi ia boleh dipertingkatkan dengan mudah bergantung kepada saiz enjin motosikal.

"Teknologi sel fuel ini mendapat perhatian pihak permotoran antarabangsa yang berminat untuk membeli tetapi kita lebih berbesar hati jika pihak industri tempatan sendiri yang memasarkannya,'' katanya ketika ditemui pada Seminar dan Pameran Sel Fuel 2009 di sini semalam.

Menurut beliau, perbincangan dengan pihak industri tempatan telah dimulakan dan buat masa ini hanya teknologi ciptaan mereka di negara ini yang sedia untuk memenuhi permintaan pasaran.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: