Friday, March 27, 2009

Kekal seksi depan isteri


PASANGAN yang sentiasa mahu tampil seksi demi kebahagiaan rumah tangga mereka.


MESKIPUN hampir mencecah usia sedekad mendirikan rumah tangga, perkahwinan penyanyi popular, Ronan Keating bersama isterinya iaitu Yvonne Connolly tetap bahagia sama seperti awal perkahwinan mereka.

Rupa-rupanya, pasangan merpati dua sejoli yang mendirikan rumah tangga pada 30 April 1998 itu mempunyai rahsia tersendiri dalam mengekalkan kebahagiaan bersama.

Keating, 32, yang sebelum ini mengaku masih teruna di awal kemunculan kumpulannya, Boyzone dalam dunia seni berkata, mengekalkan keseksian menjadi sebahagian daripada rahsia yang membuatkan perasaan berahi mereka terus membara.

"Kami sering menghabiskan masa bersama-sama dan saling mendengar setiap masalah yang dihadapi, tanpa kebosanan.

"Saya juga sentiasa membelikan barang yang dia sukai setiap masa. Saya selalu mahu menjadi lelaki romantik dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada isteri saya.

"Mengekalkan perasaan seksi dilihat cukup penting dalam satu-satu perhubungan termasuk kepada saya dan isteri.

"Kami masih menggilai antara satu sama lain walaupun sudah lama berkahwin," tambah Ronan kepada News of the World baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: