|
|
|
KUALA LUMPUR - "Jangan samakan saya dengan (kes) Memey.''
Demikian amaran yang diberikan oleh personaliti RTM, Zamzarina Zambri, 36, supaya dirinya tidak disamakan dengan pelakon muda Memey Suhaiza yang dalam proses dibicarakan atas tuduhan berkhalwat bersama aktor Norman Hakim.
Zamzarina yang baru-baru ini dikaitkan dengan fitnah tangkapan khalwat bersama dengan seorang pegawai kanan Kementerian Penerangan di sebuah hotel memberitahu, dia dan pelakon baru itu sangat berbeza.
"Kes kami ada perbezaannya. Mereka (Memey dan Norman) ditangkap kerana tuduhan berkhalwat, tetapi saya difitnah melakukan khalwat. Itu adalah dua perkara yang berbeza,'' tegasnya yang sebelum ini membisu berhubung kes itu.
Zamzarina sekali lagi menegaskan dirinya dan pegawai kanan berkenaan telah menjadi mangsa fitnah pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Pada waktu kononnya saya ditangkap khalwat, saya sebenarnya berada di London atas urusan kerja dan kerana itu saya cukup berani untuk bertemu dengan media bagi menjawab isu berkenaan bila ia timbul.
"Alhamdulillah, setakat ini tiada yang memberi pandangan negatif terhadap saya. Selain itu, saya juga masih meneruskan tugas seperti biasa di RTM.
"Saya rasa orang boleh berfikir dan tak mudah nak percaya sesuatu perkara yang tidak benar seperti ini,'' katanya selepas sidang akhbar program Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina di Theaterrete, Angkasapuri semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: