SEBENARNYA bukan sekali dua pengacara seorang ini buat perangai tapi sudah banyak kali. Hendak kata dia popular sangat, rasanya tak mungkin sebab kalau sebut nama dia, tak ramai yang tahu. Dan Cik Normah sendiri sebenarnya cuba mengelak untuk menulis perihal orang yang tak popular seperti dia ini.
Tapi disebabkan perangai berangannya yang semakin menjadi-jadi dan perasan tak tentu fasal, mahu atau tidak, perlu juga Cik Normah untuk menulis perihal pengacara yang tak sedar diri ini. Kisah ini berlaku ketika si pengacara ini diundang untuk mengacarakan sebuah majlis anjuran syarikat makanan segera. Antara tetamu jemputannya adalah kanak-kanak.
Bukan dia seorang saja yang ditugaskan menjadi pengacara tetapi juga ada selebriti lain yang digandingkan bersamanya. Hendak dijadikan cerita, mereka ini pun mengajak kanak-kanak yang diundang itu untuk naik ke atas pentas bersama mereka. Bagi memeriahkan lagi majlis itu, mereka pun menyuruh salah seorang daripada mereka menyanyi.
Cuma yang tak sedapnya, si pengacara ini tidak mahu memberikan mikrofon di tangannya kepada budak itu. Boleh dipegangnya mikrofon itu walaupun jelas kelihatan budak itu cuba meminta darinya. Nasib baiklah selebriti yang digandingkannya dengan itu cepat-cepat memberikan mikrofonnya kepada budak itu.
Terfikir juga kenapa si pengacara tadi tidak mahu memberikan mikrofonnya kepada budak itu. Selepas diselidik, rupa-rupanya dia bimbang kalau mikrofon itu diberikan, peluangnya untuk menyambung tugas sebagai pengacara majlis itu akan tipis. Patutlah takut sangat kalau mikrofon terlepas dari tangannya.
Terdiam sebentar Cik Normah tatkala mendengar cerita itu. Orang macam ini pun ada?
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: