Wednesday, March 25, 2009

Dengarnya... Letih sikap pelakon perasan bagus


KALAU tak ada sebarang kerja, Cik Normah selalunya suka luangkan masa menonton drama di rumah. Sesekali dapat bersantai memang seronok, tetapi Cik Normah perhatikan ada kalanya drama Melayu seakan hilang identiti. Maklumlah banyak drama Melayu yang berlumba-lumba menggunakan bahasa Inggeris.

Cik Normah bukanlah tidak menyokong penggunaan bahasa Inggeris, tetapi apabila terlalu kerap naik berbulu pula. Mana tak meluat ada yang bercakap siap dengan slanga ala Mat Salleh tapi biasalah Mat Salleh celup saja. Apabila bercerita fasal artis yang berangan macam Mat Salleh, Cik Normah teringat cerita seseorang mengenai seorang pelakon yang perasan bagus.

Kata teman Cik Normah, kalau di set, bukan main berhabuk dia cakap orang putih macam dia seorang saja yang pandai. Padahal bukannya ada darah campur pun, setakat Melayu tulen nak berlagak bukan main. Bukan saja berlagak macam bagus, malah pelakon perempuan ini juga tidak suka bercampur orang.

Dia lebih suka buat hal sendiri daripada bercampur gaul dengan pelakon lain. Kalau ada benda-benda yang penting barulah dia akan buka mulut, orang sekeliling pun memang tak kuasa nak melayan sebab meluat dengan perangainya yang berangan tu. Jangan kata orang di set, pelakon yang berlakon di samping dia pun tak berapa suka dengan sikapnya yang angkuh tak tentu fasal tu.

Kalau ikutkan, memanglah bagus dia tak bercampur gaul, maknanya kuranglah dosa bergosip. Tapi kalau buat muka angkuh tak sudah-sudah, langsung tak reti nak bertegur sapa dengan sesiapa pun, bukankah tidak baik juga sebab tindak- tanduknya itu boleh mengecilkan hati orang. Hai tak fahamlah Cik Normah dengan orang seni ni, macam-macam perangai yang pelik-pelik

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: