Wednesday, March 25, 2009

Dengarnya... Haliza Misbun tak nak kahwin



Haliza Misbun

BERHENTI seketika degupan jantung Cik Normah apabila seorang teman yang sebenarnya jarang membawa mulut ini bercerita mengenai pelakon Haliza Misbun yang dikhabarkan bagai sudah membuat keputusan untuk tidak mahu berkahwin. Yalah, ketika ramai perempuan lain 'bergedik' hendak berkahwin, Haliza pula tidak mahu jadi isteri.

Haliza dikatakan berkata, dia berasakan dirinya mungkin tidak dilahirkan untuk berkahwin! Namun, dia bukanlah berputus asa, cuma dia menganggap perhubungan atau percintaan itu terlalu sukar buat dirinya.

Aktres itu juga difahamkan berkata, dia seorang wanita yang memang keras hati dan amat mementingkan diri sendiri. Jadi, agak susah untuknya melayari dunia percintaan seandainya si kekasih tidak boleh menerima keadaannya yang sebegini. Dia pun bagai tidak yakin ada lelaki yang mampu mengubah dirinya itu.

Menurut kawan Cik Normah yang berada pada majlis yang sama dihadiri pelakon itu, baru-baru ini, Haliza ialah wanita yang memang ‘sentiasa ingin menang’ dalam setiap perkara. Jadi, daripada timbul masalah, baiklah dia hidup sendirian. Begitulah lebih kurang cerita yang didengar telinga Cik Normah ni.

Khabarnya juga, cinta Haliza dengan jejaka Perancis dulu tu memanglah sudah putus. Tetapi, wanita kental ini masih lagi berkawan baik dengan pemuda terbabit. Yalah, tak guna kalau gaduh-gaduh selepas putus, sebab esok lusa, pasti kita akan terserempak semula. Jangan jadi macam kawan Cik Normah, apabila putus cinta saja, dia terus tak nak kenal bekas kekasihnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: