|
|
TIADA siapa yang berupaya mempertikaikan kehebatan menjadi seorang ibu. Sama halnya juga dengan aktres terkenal, Jessica Alba, yang beria-ria mahu mengandung lagi dalam masa terdekat.
Sumber terdekat Jessica berkata: "Jessica dan suami, Cash Warren 'bekerja' keras pada waktu malam supaya aktres itu hamil. Mereka cukup teruja untuk bergelar keluarga bahagia dan bersungguh-sungguh untuk menambahkan keluarganya secepat mungkin."
Aktres berusia 27 tahun itu sebelum ini melahirkan seorang anak perempuan, Honor Marie pada bulan Jun tahun lepas hasil perkongsian hidupnya dengan Cash.
Mereka begitu terdesak sekali untuk punya cahaya mata baru sekurang-kurangnya pada tahun ini juga.
Jessica baru-baru ini mendedahkan kepada umum bahawa proses melahirkan anak memberikan kehidupan yang lebih bermakna buat dirinya.
Akui Jessica, menjadi seorang ibu merupakan satu tugas yang terbaik dalam dunia ini.
"Walaupun agak memenatkan bergelar seorang ibu, namun kalau kita sangat komited dengan tugas ini, maka kita akan berasa kehebatannya dan sukar digambar dengan kata-kata.
"Kehidupan saya dan suami menjadi sempurna dengan kehadiran cahaya mata yang ada sekarang. Kalau boleh, memanglah saya hendak tambah bilangan anak," jelasnya.
Wanita jelita itu mengakui, proses melahirkan anak tidaklah perit dan menyakitkan seperti yang dijangkakan sebelum ini.
"Proses bersalin boleh disifatkan macam kita alami masalah kekejangan, namun apabila doktor meletakkan bayi di dada ibunya, barulah kita akan terasa kenikmatan hakiki menjadi seorang ibu," luah Jessica.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: