Friday, March 27, 2009

Angels & Demons






Jika anda meminati filem blokbuster The Da Vinci Code, anda pastinya akan meminati sekuel filem tersebut. Berdasarkan kepada novel bestselling hasil karya Dan Brown, Tom Hanks kini kembali dengan watak Robert Langdon seorang pakar keagamaan lulusan Harvard.


Filem Angel & Demons kali ini menjanjikan lebih banyak detik mendebarkan dan juga aksi lasak berbanding The Da Vinci Code. Dia perlu melepaskan diri dari pelbagai halangan dan rintangan demi menyelesaikan misteri satu kumpulan persaudaraan yang dikenali sebagai Illuminati.

Kumpulan bawah tanah ini merupakan yang terhebat dan tersohor dalam sejarah. Langdon juga berhadapan depan ancaman daripada musuh ketat tradisi kumpulan Illuminati ini iaitu Gereja Katolik. Apabila Langdon mendapat tahu ada komplot membabitkan kumpulan Illuminati ini, dia terbang ke kota Rom di mana dia bergabung tenaga dengan Vittoria Vetta, seorang saintis Itali yang cantik dan berkarisme.

Saksikan aksi mereka merungkai misteri yang menyelubungi kumpulan ini apabila ia ditayangkan pada 14 Mei 2009.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: