Friday, March 27, 2009

Anak Wayang Astro lawan Pilih Kasih?





altAstro mengumumkan penerbitan program realiti baru Anak Wayang yang mahu mencungkil bakat baru dalam bidang lakonan.

Adakah Anak Wayang akan menjadi saingan kepada program realiti Pilih Kasih yang diterbitkan oleh Rosyam Noor untuk RTM kerana ia dijalankan hampir serentak.

Proses uji bakat juga akan dijalankan mulai April ini kira serentaklah dengan perjalalanan Pilih Kasih yang diumumkan oleh Rosyam tidak lama dulu. Anak Wayang akan disiarkan mulai 22 Mei iaitu selepas selesai perjalanan Akademi Fantasia 7 yang baru masuk mingu ketiga.

Program yang menemui penonton di Astro Ria dan Astro Prima itu menampilkan Rusdi Ramli dan Fazura sebagai pengacara. Tunggulah apabila kedua-dua program tersebut ditayangkan nanti.

Peserta bakal bersaing di Astro Ria dengan membawa watak-watak seperti jururawat, mekanik, pengelola majlis, gangster dan setiausaha. Peserta yang berjaya akan dipersembahkan dalam drama bersiri Kecuali Cintamu yang akan ditayangkan di Astro Prima. Undian SMS masih digunakan oleh Astro untuk mencari peserta popular.

Uji bakat akan diadakan di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru (4 & 5 April), Hotel altBayview Pinang (11 & 12 April) dan Hotel Quality Shah Alam (18 & 19 April).

Pertandingan dibuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 hingga 35 tahun dan tidak terikat dengan mana-mana kontrak syarikat produksi drama dan pengurusan artis.

alt

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: