DALAM sekelip mata, Memey jadi popular. Tak payah berlakon sejak kecil, nama Memey kini dah sama label pelakon terkenal lain. Bukan nak kata ada pelakon ternama tak pernah wajah mereka terpampang di muka depan akhbar, tetapi Memey ada ‘news value,’ inilah dikata hikmah di sebalik musibah. |
Lagipun Memey cantik, tinggi dan tidak katik. Biarpun ramai yang mengecam dirinya berikutan isu ditangkap khalwat dengan Norman Hakim, tetapi kini ramai pula mula memandang positif pada Memey.
Sebabnya, selang dua bulan kemudian Abby Abadi, yang dilihat ‘berpatah arang’ dengan Memey tiba-tiba ‘terkantoi’ bersama pasangan bukan muhrim, pelakon baru, Zulkifli Ariffin di LCCT.
Kedua-duanya menjelaskan baru pulang dari Guangzhou, China, atas urusan bisnes.
Entahlah SS tak berani tuduh, ambil jalan tengah saja. Tetapi yang pasti insiden Abby dan Zul itu, SS perhatikan sedikit sebanyak semakin ramai masyarakat mula bersimpati pada Memey.
Sebabnya dalam usia muda 20 tahun dia sudah berhadapan ujian berat itu. Bukan SS nak kata sememangnya Memey meniti bidang lakonan dengan pelbagai ujian sejak keluar dari Felda, Kota Tinggi.
Dia dibawa dari kampung oleh ibu saudaranya, Darling Ngasri ketika belasan tahun lagi. Dulu ke hulu ke hilir, Memey ikut buntut ibu saudaranya itu. Pendek kata di mana ada Darling, di situlah ada Memey apatah lagi Memey menumpang berteduh di rumah ibu bapa Darling di Jalan Ipoh.
Tiada angin, tak ada ribut tiba-tiba Memey tinggalkan keluarga itu begitu saja. SS difahamkan Memey meninggalkan rumah itu awal pagi ketika keluarga berkenaan sedang nyenyak tidur.
Sebab musababnya siapa pun tidak tahu, kerana soalan ini bila ditanya pada Memey mengapa dia tinggalkan keluarga Darling, dia tidak mahu komen. Bagi Memey, dia mahu memendam rahsia, mengapa dia tiba-tiba mahu berdikari hidup di kota metropolitan ini, sebelum dipertemukan dengan Norman.
Apapun SS harap, Memey cekal dalam bidang lakonan. SS percaya sekalipun dia tidak ditemani ibu atau ayahnya ke hulu ke hilir di lokasi, kerana masing-masing menetap di Felda tetapi siapa tahu berkat ikhlas, tekun dan tunjuk ajar Norman, Memey boleh sukses dalam bidang diceburi.
|
SS dapat tahu Memey pun bercita-cita menjadi produser, siapa tahu suatu hari nanti dia boleh menjadi rakan kongsi Norman. Cuma pesan SS, jika sudah menjadi rakan kongsi kenalah jujur bersama pasangan, usah tiru tanda tangan, jika tidak bisnes dijalankan tidak mendapat berkat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: