Tuesday, February 3, 2009

Soseh Soseh: 'Kata dulang paku serpih'


PESAN orang lama, cakap siang pandang-pandang, cakap malam, dengar-dengar. Bukannya apa SS kurang pasti apakah muslihat ibu artis ini yang suka menjaja cerita tidak elok perihal anak-anak artis orang lain. Bukan itu saja, ibu dan ayah artis orang lain turut dijaja cerita yang negatif saja.

SS labelkan ibu artis itu sebagai C yang tiba-tiba ‘berperang saraf’ dengan seorang lagi ibu artis ini yang SS rujuk sebagai artis D. Ibu artis C buat tuduhan yang ibu artis D hidup bermadu.

Selagi tidak siasat perkara sebenar, SS tak berani hendak kata apa. Maklum saja ia membabitkan hal rumah tangga orang. Untuk dapatkan kesahihan betul atau tidak ibu artis D bermadu, SS beranikan diri bertanyakan hal itu kepada artis itu sendiri. Yelah, takkan SS nak tanya terus pada ibunya.

Kalau cerita itu tak betul, tak apalah. Apa jadi sekiranya perkara itu betul, takkah sakit jantung ibu artis D? Tak pasal-pasal SS kena saman. SS memang tak suka sebut saman menyaman ini, tetapi kalau ada orang ternampak SS naik turun mahkamah, itu nak `cover' cerita artis cerai-berai.

Itu kira SS menjalankan tugas, bukan fitnah tu, tetapi realiti sebenar di sebalik glamor.

Ok, berbalik cerita artis D itu tadi, syukur kepada Tuhan kerana cerita ibunya dimadukan hanya tohmahan semata-mata. Dia pun tak faham kenapa ada orang cuba memecah-belahkan kebahagiaan keluarganya. Katanya lagi kepada SS, selama ini keluarganya tidak pernah kacau hidup orang lain.

Selepas mendengar penjelasan artis D, SS rasa tak puas hati kenapa ibu artis C sanggup menabur fitnah sedemikian rupa. Bukankah hukumnya berdosa besar. Apa kata jika ibu artis D termakan dengan hasutan dan fitnah itu, porak peranda rumah tangga orang. Bukan semua orang sanggup hidup bermadu.

Minum air madu memang sedap, tetapi hidup bermadu pahit macam jadam.

Tanpa buang masa SS pun pasang spy untuk menyiasat latar ibu artis C. Dia dok kata suami orang kahwin dua tiga, rupanya suami dia sendiri ada dua lagi isteri. Gitu pulak ceritanya. Bak kata pepatah mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Pening SS. Ada juga orang macam itu dalam dunia ini, namun bagi SS kalau seorang isteri itu reda, hidup bermadu terasa manisnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: