CERITA perkahwinan rahsia membabitkan seorang dramatis popular ini bukan lagi rahsia. Malah semua pihak sudah tahu. |
Bagaimanapun apabila perkara ini ditanyakan kepada dramatis itu sendiri, jawapan biasa diterima ia hanya gosip biasa dan dia masih lagi solo.
Terbaru ada pihak cuba mengesahkan mengenai status pelakon yang tidak kurang jelita ini kepada SS. Namun perkahwinannya itu berjaya dirahsiakan kerana mereka bernikah di luar negara.
Seperkara lagi, sepanjang pihak media mencungkil mengenai perkahwinannya itu, cuba mengaitkan dramatis terbabit dengan lelaki yang salah. Perkara itu memberinya ruang untuk mengelak dan menafikan isu pernikahannya yang hangat diperkatakan.
Menurut sumber rapat dengan dramatis itu memberitahu SS, mengesahkan memang benar pelakon yang tidak kurang jelita ini berkahwin dengan VIP, tetapi pihak media mengaitkannya dengan VIP yang salah.
Katanya lagi kronologi cerita memang sudah benar bahawa dramatis terbabit menjadi isteri kedua dan bini pertama kepada VIP itu juga seorang artis. Tetapi dia bukanlah seorang penyanyi seperti yang hangat diperkatakan sebelum ini.
Isteri pertama kepada VIP terbabit bergiat aktif sama bidang dengan dramatis ini, dan perkahwinan mereka itu dirahsiakan kerana takut rahsia terbongkar dan diketahui bini pertama.
Bagaimanapun menariknya cerita sumber ini kepada SS, bahawa apa yang berlaku seperti roda.
Memandangkan sewaktu isteri pertama berkahwin dengan VIP terbabit perkara seperti ini turut berlaku di mana pernikahan mereka cuba dirahsiakan daripada pengetahuan isteri terdahulu sehingga menyebabkan berlakunya perceraian.
SS geleng kepala apabila mendengar cerita disampaikan sumber rapat kepada dramatis ini dan tidak dinafikan hidup bagaikan karma dan roda. Kalau kita rampas hak orang pasti satu hari hak kita pula akan dirampas. Waktu itu apabila kejadian berlaku, tidak perlulah kita hendak salahkan sesiapa sebaiknya kita cermin dulu diri sendiri.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: