Biarpun baru sahaja bergelar isteri, Nabila Huda menganggap status itu bukanlah penghalang baginya untuk terus aktif dalam dunia lakonan yang serba mencabar. Dia yang sebelum ini banyak membintangi drama mengakui semakin ‘cinta’ dengan dunia lakonan.
Dalam siri terbaru, ‘Cinta Untuk Ain’ yang akan disiarkan di slot Lestary TV3 tidak lama lagi, Nabila mengakui wataknya sebagai Ain sedikit mencabar seperti watak-watak yang biasa didukungnya sebelum ini.
“Sebelum ini Nabila banyak berlakon watak jahat, orang selalu cakap sebab Nabila sendiri macam itu dan kerana itulah Nabila boleh bawa watak sedemikian dengan baik. Nabila tak kisah apa orang nak cakap dan yang penting Nabila tahu apa yang Nabila buat. Tetapi lain dalam drama ini.
"Pernah Nabila pasang niat nak bawa watak baik seperti watak yang banyak gunakan emosi, kisah sedih tetapi sayangnya tak dapat... Kini barulah Nabila dapat watak itu,” katanya yang ditemui ketika majlis ramah mesra “Cinta Untuk Ain”, di Sri Pentas, Damansara, baru-baru ini.
Nabila senang didekati: Que
Sebagai rakan seangkatan dalam bidang lakonan dan rapat sebagai seorang teman. Que turut menyenangi sikap dan perangai Nabila. Menurut Que karakter mereka berdua yang ‘gila-gila’ di luar set membuatkan mereka selesa apabila digandingkan bersama.
“Pernah dalam satu adegan ketika saya ingin menyarungkan cincin ke jari Nabila, dia membuat mimik muka sehingga saya ingin ketawa apabila melihatnya. Tetapi saya terpaksa mengawalnya disebabkan pada waktu itu kamera sedang fokus ke arah saya,” ujar Que sambil turut diakui oleh Nabila.
Dalam masa yang sama, ketika ditanya, adakah Nabila sudah ada ‘apa-apa’ hasil perkahwinannya? Nabila hanya tersenyum. Dia berkata buat masa sekarang dia lebih tumpukan bidang lakonan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: