Pelakon jelita, Almy Nadia, 23, semakin berani. Itulah yang dapat penulis katakan kini. Sejak membintangi drama Dunia Baru sedikit masa lalu, dia semakin laris di mata penerbit dan pengarah.
Daripada watak gedik, nakal, hingga watak gadis kampung yang bersopan santun, Almy dilihat semakin hebat menguasai lakonannya. Malah demi meluaskan bakatnya, dia sanggup melakonkan aksi-aksi panas dalam filem seram, Rasukan Ablasa, arahan Prof Madya Razak Mohaideen, yang bakal menjengah pawagam pada 26 Februari ini.
“Masa rehearsal, idea tu datang sendiri. Tiba-tiba watak penggoda keluar. Almy juga tak sedar yang Almy menari semasa melakonkan watak tersebut. Mungkin itulah watak yang sesuai untuk watak Kim dalam cerita tersebut.
“Almy rasa malu sangat. Masa melakonkan watak tersebut Almy tak nampak lagi watak itu tapi bila ‘on air’ rasa macam nak masukkan muka dalam beg kerana malu. Tak sangka Almy boleh lakonkan watak macam tu. Mula-mula Almy rasa tak bersedia, tapi Almy tetap kuatkan semangat tambah lagi mak turut memberikan semangat kepada Almy. Mak cakap, kakak kena datang dan buat juga sebab ni filem pertama.
“Jadi selepas itu, memang Almy dah bersedia dengan kritikan yang membina. Bukan nak cakap besar tetapi Almy rasa berjaya menjiwai watak seorang penggoda. Bila melakonkan sesuatu watak, Almy buat dalam keadaan tak fikirkan yang watak ni Almy Nadia sebaliknya watak yang diberi. Ibaratnya, Almy berada dalam dunia watak tersebut. Bila di luar set barulah Almy menjadi diri sendiri. Nasib tak susah lakonkan watak tersebut.
“Almy takut juga kalau-kalau keluarga Almy tengok cerita tersebut. Tapi mak Almy dah cakap dan dia banyak menasihati Almy. Apa sahaja kritikan yang kamu dapat ambil dengan positif,” katanya yang ditemui ketika majlis pratonton filem tersebut di Cineleisure, Damansara, Selasa lalu.
Ditanya bagaimanakah reaksi buah hatinya, Fizz Fairuz berhubung dengan aksi beraninya dalam filem pertamanya itu, kata Almy, Fizz sangat memahami akan tugasnya sebagai pelakon.
“Pada mulanya, Almy takut juga, tapi Almy tahu Fizz seorang yang ‘open minded’, walaupun dia pada awalnya tak tahu yang Almy melakonkan watak tersebut. Harap dia boleh terima lakonan Almy,” ceritanya dengan panjang lebar.
Tidak takut imej terjejas
Atas keberaniannya melakonkan aksi sedemikian, maka tidak hairanlah ada yang beranggapan imejnya akan terjejas. Bagaimanapun kata Almy, itu hanyalah lakonan semata-mata dan ia tidak akan memberi kesan terhadap dirinya. Malah katanya, jika masih diberikan peluang untuk membawa watak seperti ini lagi, dia berkemungkinan akan menerimanya. Itu pun jika tawaran watak tersebut boleh membina lagi kariernya sebagai seorang pelakon baru yang sedang berusaha mengumpul pengalaman.
“Sebenarnya Almy tidak kisah pandangan orang. Tetapi kadangkala risau juga. Bukannya apa, takut orang akan kata watak tersebut menggambarkan diri sendiri. Sesungguhnya Almy bukanlah seperti watak-watak yang dibawa di dalam drama dan filem. Jika mereka percaya dengan watak itu, bermakna berjayalah lakonan itu.
“Almy puas melakonkan watak jahat. Kalau melakonkan watak baik Almy kena buat watak tersebut nampak baik di mata penonton. Ia agak menyukarkan. Kalau melakonkan watak jahat, senang saja, janji boleh buat orang geram dengan Almy dah memadai,” ujarnya.
Teruja berlakon dengan Yusri KRU
Almy memberitahu, dia sangat teruja membintangi filem ini. Apatah lagi dapat bergandingan dengan pelakon yang hebat seperti Yusri KRU.
“Mula-mula itu Almy tak tahu lagi siapa yang akan digandingkan dengan Almy. Apabila Almy diberi tahu yang akan digandingkan dengan Yusry, rasa macam main-main sahaja. Memang Almy tak percaya.
“Bila Yusry datang ke set penggambaran dan berjumpa dengannya barulah ketika itu Almy rasa takut sangat. Yalah, Yusrykan artis yang berpengalaman jika dibandingkan dengan Almy yang baru ni. Masa babak tersebut dilakonkan, semua artis dan krew yang terlibat datang tengok Almy menggoda Yusry. Masa itu, rasa macam jantung nak gugur je,” katanya.
Tambah Almy lagi, tidak sukar untuk berlakon dengan Yusri kerana aktor kacak itu mudah memberikan kerjasama. Walaupun Yusri nampak pemalu orangnya, namun dia sebenarnya mudah mesra dan tidak lokek berkongsi pengalaman.
pompuan sundal....
ReplyDelete