Thursday, January 14, 2016

Anak dihukum guru sehingga lebam




Anak dihukum guru sehingga lebam
Kesan birat di bahagian belakang badan mangsa ketika ditemui di Hospital Tampin, malam kelmarin.
TAMPIN – Seorang ibu berasa terkejut sebaik diberitahu anaknya dihukum guru dan mendapati terdapat kesan lebam di tepi mata kiri anaknya, bahagian belakang badan dan bahu sebelah kiri ketika sedang berehat di rumah mereka di Kampung Baru Taboh Naning, Alor Gajah, Melaka, di sini petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, ibu mangsa berusia 44 tahun segera membawa anaknya yang berusia 10 tahun itu menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Tampin.
Menurut sumber, dia juga berasa sangat terkejut apabila melihat kecederaan yang begitu banyak di bahagian belakang badan mangsa selain kesan lebam di bahagian tepi mata mangsa.
“Kita bukannya tak beri guru rotan anak murid mereka tapi biarlah hukuman berkenaan tidak keterlaluan. Kesan cedera agak teruk, bukan hanya di satu-satu bahagian badan sahaja.
“Murid berkenaan dihukum oleh guru Bahasa Inggerisnya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan,” katanya kepada Sinar Harian selepas menjenguk mangsa di Hospital Tampin, di sini, malam kelmarin.
Sumber berkata, ibu mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Tampin susulan kejadian berkenaan pada petang kelmarin bagi memastikan guru berkenaan dapat diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: